Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, February 28, 2011

Proton Tak Rugi?

Prestasi kewangan Proton Holdings Bhd dijangka bertambah baik di dalam tempoh setahun atau dua tahun selepas selesai melaksanakan eksersais penstrukturan semula bahagian kereta sportnya, Lotus Group International Ltd, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Proton tak rugi, dia untung, tapi keuntungan Proton kurang kerana kerugian Lotus.

mahathir responses to suaram report 01"Sebelum kita dapat menstruktur semula, tentu ada kerugian," kata Dr Mahathir, yang juga penasihat Proton kepada pemberita pada Forum Bioteknologi 2011 di Subang Jaya hari ini.

Pengeluar kereta nasional itu mencatatkan kerugian pracukai RM51.535 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember, 2010 berbanding dengan keuntungan pracukai RM82.958 juta pada suku yang sama sebelum ini yang sebahagian besarnya berikutan kos penjenamaan semula dan perbelanjaan penstrukturan semula yang dialami oleh bahagian kereta sportnya.

Perolehan bagi suku itu merosot kepada RM1.833 bilion daripada RM2.013 bilion.

Syarikat itu melaporkan kemerosotan keuntungan yang sebahagian besarnya berikutan kos penjenamaan yang lebih tinggi serta perbelanjaan penstrukturan semula yang ditanggung oleh Lotus Group.

Sebagai sebahagian daripada pelan transformasi bagi memulihkan Lotus, kumpulan itu mulai melabur dalam rasionalisasi rangkaian pengedar dan aktiviti penjenamaan bagi melaksanakan pelan perniagaan lima tahun itu.

Kumpulan itu mengalami jumlah jualan domestik lebih rendah dan peningkatan perbelanjaan promosi dan pemasaran oleh satu anak syarikat utama semasa suku ketiga.

Tuesday, February 22, 2011

Profile: Datuk Seri Najib Tun Razak

Position: Prime Minister and Finance Minister of Malaysia
Incumbent: Najib Razak
Date of Birth: July 23, 1953
Term: Appointed as Prime Minister on April 3, 2009; term ends March 2013.

Key Facts:
- Najib is regarded as political aristocracy -- he is the son of Abdul Razak Hussein, Malaysia's second Prime Minister, and the nephew of the third.
- Received his early education in Malaysia before continuing at Malvern Boy's College, Worcestershire, England and taking a bachelors degree in Industrial Economics at Nottingham University.
- Holds record as the youngest candidate in a Malaysian election at age 22 in 1976 after the death of his father left vacant the Pekan constituency in his home state of Pahang.
- Is Malaysia's most experienced serving politician with a three-decade career in government including as Deputy Energy Minister and Chief Minister of his home state. Has also served in the Cabinet holding the Youth, Education and Defence portfolios.
- Became Malaysia's sixth Prime Minister on April 2009, succeeding Abdullah Ahmad Badawi who bows out after the ruling coalition is hit by record losses in the 2008 general election.
- Took office pledging economic and political reforms. Najib has delivered measures such as granting new bank licenses and cutting the fiscal deficit but has shied away from big subsidy cuts and tax reforms. He has also reversed tack on controversial preferential equity ownership rules for the majority ethnic Malays, wary of a political backlash.
- Najib's younger brother Nazir runs Malaysia's second-largest lender, CIMB Group Holdings Bhd
- An avid golfer, Najib is married and has five children.
Sumber: Reuter

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak is delighted with the response to his Facebook page, which has recorded 101,237 fans.

"I am moved by this response and by the interest you continue to show in my posts," the Prime Minister said in a Facebook posting yesterday.

He thanked them for becoming his fans and for helping to make the page an engaging forum.

Najib's Facebook site was created in November last year. — Bernama 

Wednesday, February 16, 2011

Malaysian Richest Man Newly Updated Articles

Menurut laporan majalah perniagaan Malaysian Business,  16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu. Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI. Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang  iaitu lebih lima orang berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.
Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion. Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilaiRM10.89 bilion. Pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion.

Wednesday, February 9, 2011

Klon Soalan-Soalan SPM Ekonomi Asas (Tingkatan 5)

Bab 1: Wang dan Institusi Kewangan
1)       Apakah itu wang dan terangkan fungsi-fungsi wang dalam sesuatu ekonomi.
(SPM 1993 – 15m)
2)       Terangkan ciri-ciri wang yang baik. (SPM 1999 – 10m)
3)       Mengapakah sistem barter tidak lagi sesuai kini? (SPM 1994 – 10m)
4)       Terangkan perkara-perkara berikut
i)                     Sistem Barter (SPM 1997 – 6m)
5)       Bank perdagangan dan institusi kewangan bukan bank mempunyai peranan yang sama. Walau bagaibamanapun terdapat perbezaan antara keduanya. Jelaskan pernyataan di atas. (SPM 1993 – 10m)
6)       Sumber pendapatan bank perdagangan bukan sahaja daripada aktiviti penawaran perkhidmatan tetapi juga daripada kegiatan pelaburannya. Terangkan. (SPM 1996 – 10m)
7)       Penubuhan lebih banyak bank perdagangan diseluruh negara mewujudkan peluang yang lebih baik bagi orang ramai menyimpan
i)                     Jelaskan tentang jenis deposit yang disediakan oleh institusi kewangan tersebut. (SPM 2001 – 6m)
8)       Selain kemudahan pembayaran melalui cek, terangkan kemudahan-kemudahan pembayaran lain yang disediakan oleh bank perdagangan. (SPM 2002 – 8m)
9)       Jelaskan  perbezaan antara bank saudagar dengan bank perdagangan (SPM 2002 – 8m)
10)   Bagaimanakah bank perdagangan memainkan peranannya dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara? (SPM 1994 – 15m)
11)   Terangkan bagaimana pembekuan pemberian pinjaman kepada sektor berdaya maju menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. (SPM 1998 – 13m)
12)   Fungsi Bank Saudagar (SPM 1997 – 6m)
13)   Bank pusat adalah jurubank kepada kerajaan. Jelaskan bagaimana bank pusat melaksanakan fungsi tersebut. (SPM 2000 – 8m)
14)   “Terlalu banyak wang mengejar sedikit barang dan perkhidmatan”. Bagaimanakah keadaan seperti ini boleh berlaku? Terangkan cara bagaimana bank negara boleh mengawal aliran wang bagi mengatasi keadaan itu. (SPM 1994 – 14m)
15)   Fungsi utama Bank Pusat ialah mewujudkan kestabilan ekonomi sesebuah negara.
i)Apakah yang dimaksudkan dengan kestabilan ekonomi?
ii) Bagaimanakah bank pusat mengawal bekalan wang untuk mencapai kestabilan ekonomi? (SPM 1995 – 15m)
16)   Bagaimanakah kerajaan bertindak melalui bank pusat untuk mengatasi masalah terlalu banyak wang mengejar sedikit barang? SPM 2002 – 9m
17)   Bagaimanakah kerajaan bertindak mengatasi kemelesatan ekonomi melalui bank pusat dan dasar belanjawan? – SPM 1996 – 15m
18)   Rakyat didapati kurang berbelanja. Terangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh Bank Negara untuk mengatasi keadaan tersebut. SPM 2001 – 12m
19)   Bank perdagangan dan institusi kewangan bukan bank mempunyai peranan yang sama. Walaupun demikian terdapat perbezaan antara keduanya. Jelaskan. SPM 1993 – 10m
20)   Syarikat kewangan dan syarikat insurans memainkan peranan yang sama dalam pembangunan ekonomi negara. Terangkan perbezaan tersebut. SPM 2003 – 4m
21)   Terangkan peranan institusi kewangan berikut dalam pembangunan ekonomi negara.
i)                     Syarikat Insurans
ii)                   Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – SPM 1995 (10m)
‘If words come out of the heart, they will enter the heart. If they are spoken just from the mouth, they will not even reach the ears’ (Al Suhrawardi)
Bab 2: Ekonomi Malaysia
1)       Pergantungan ekonomi Malaysia kepada sektor utama menimbulkan banyak masalah. Terangkan masalah-masalah tersebut. SPM 1994 – 15m
2)       Bolehkan ekonomi Malaysia bergantung kepada sektor utama untuk meningkatkan ekonomi negara? Berikan alasan untuk menyokong pendapat anda. SPM 1998 – 8m
3)       Usaha kerajaan mengubah struktur ekonomi negara telah mewujudkan pelbagai implikasi. Terangkan implikasi-implikasi tersebut. SPM 1999 – 12m
4)       Mengapakah pemerhati tidak setuju dengan langkah yang diambil oleh Kumpulan Guthrie untuk meninggalkan sektor pertanian? SPM 2001 – 14m
5)       Bezakan cukai pendapatan dengan cukai jualan. SPM 2001 – 5m
6)       Terangkan hasil cukai yang dipungut oleh kerajaan. SPM 1999 – 12m
7)       i) bagaimanakah kerajaan menampung kekurangan perbelanjaannya?
iii)                  mengapakah hutang negara penting kepada ekonomi sesebuah negara?
SPM 1994 – 11m
8)       Bagaimanakah kerajaan membelanjakan hasil yang diperoleh setiap tahun?
SPM 1997 – 6m
9)       Terangkan bagaimana kerajaan menampung kekurangan hasil untuk membiayai perbelanjaannya. SPM 1997 – 7m
10)   Terangkan bentuk-bentuk pinjaman kerajaan daripada sumber dalam negeri.
SPM 2000 – 10m
11)   Jelaskan kelebihannya jika kerajaan meminjam dari sumber dalam negeri berbanding dengan sumber luar negeri. SPM 2000 – 10m
12)   Pinjaman kerajaan dibuat adalah semata-mata untuk mengatasi masalah defisit dalam belanjawan negara. Bincangkan. SPM 2000 – 5m
13)   Mengapakah kerajaan membuat pinjaman luar? SPM 2001 – 6m
‘Look at your eyes: they are so small, but they see enormous things’ (Rumi)
Bab 3: Hubungan Ekonomi Antarabangsa
1)       Malaysia sebenarnya mampu mengeluarkan barang untuk keperluan sendiri. Walaupun begitu, Malaysia masih menjalankan perdagangan antarabangsa. Mengapakah Malaysia perlu berbuat demikian? SPM 1994 – 10m
2)       Mengapakah negara kita masih perlu meneruskan kegiatan perdagangan antarabangsa? SPM 2001 – 14m
3)       Mengapakah lebih sukar memasarkan barangan ke luar negara jika dibandingkan dengan memasarkan barangan dalam negeri? SPM 1995 – 12m
4)       Bezakan antara perdagangan dalam negeri dengan perdagangan antarabangsa.
SPM 2003 – 12m
5)       Jadual diberi  dan perlu hitungkan imbangan dagangan dan imbangan akaun semasa. SPM 1999 – 9m
6)       Terangkan butir-butir akaun semasa dalam imbangan pembayaran bagi sesebuah negara. SPM 1993 – 10m
7)       Nyatakan dan terangkan sekatan-sekatan yang dikenakan oleh kerajaan dalam perdagangan antarabangsa. SPM 1993 – 15m
8)       Mengapakah sekatan perdagangan antarabangsa penting kepada sesebuah negara?
SPM 1996 – 13m
9)       Bagaimanakah tarif dan subsidi dapat membantu pembangunan ekonomi negara?
SPM 1998 – 8m
10)   Mengapakah imbangan dagangan kurangan berlaku dan jelaskan cara-cara mengatasinya? SPM 1998 – 13m
11)   Terangkan kepentingan cukai import kepada sesebuah negara. SPM 1999 – 10m
12)   Terangkan kepentingan sekatan perdagangan antarabangsa kepada kerajaan dan pengeluar. SPM 2000 – 11m
13)   Mengapakah pertukaran wang asing penting kepada sesebuah negara? Terangkan kesan keatas imbangan perdagangan bagi sesebuah negara apabila kadar pertukaran asingnya meningkat. SPM 1995 – 13m
14)   Mengapakah sesebuah negara memerlukan mata wang asing? SPM 1998 – 4m
15)   Mengapakah Malaysia memerlukan pertukaran asing bagi menjalankan aktiviti ekonomi walaupun mempunyai mata wangnya sendiri? SPM 2002 – 6m
16)   Bagaimanakah kadar tukaran asing ditentukan? SPM 1997 – 10m
‘Joy and sorrow are inseparable. Together they come, and when, one sits alone with you at your board, remember that the other is asleep upon your bed’ (Kahlil Gibran)

Wednesday, February 2, 2011

Monday, January 31, 2011

Klon Soalan-Soalan SPM Ekonomi Asas (Tingkatan 4)

Ulasan Soalan-Soalan Lepas 1990an hingga 2008…(Ekonomi Asas Tingkatan 4)
Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi
1)       Bagaimanakah masalah kekurangan diselesaikan melalui pilihan dan kos lepas oleh unit-unit ekonomi berikut iaitu isi rumah, firma dan kerajaan. SPM 1993 – 15m
2)       ‘Encik Ahnad mempunyai RM100 untuk memenuhi kehendaknya yang tidak terhad’. Mengapakah Encik Ahmad perlu membelanjakan wang tersebut dengan cara yang terbaik? SPM 1995 – 5m
3)       ‘Kehendak manusia tidak terhad berbanding sumber ekonomi terhad’. Berdasarkan pernyataan ini, bagaimanakah unit-unit ekonomi menyelesaikan masalah tersebut.
SPM 1996 – 15m
4)       Jelaskan masalah kekurangan yang dihadapi oleh unit-unit ekonomi. SPM 1998 – 6m
5)       Terangkan bagaimana unit-unit ekonomi menyelesaikan masalah kekurangan.
SPM 2000 – 15m
6)       Jelaskan barang awam. SPM 1998 - 2m
7)       Huraikan bagaimana sistem ekonomi kapitalis menyelesaikan masalah asas ekonomi. SPM 1993 – 10m
8)       Anda ingin menjadi seorang pengeluar yang berjaya dalam bidang perindustrian. Terangkan masalah-masalah asas ekonomi yang mungkin anda hadapi. SPM 1994 – 8m
9)       Bagaimanakah sistem ekonomi yang diamalkan Malaysia menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi? SPM 1994 – 11m
10)   Sistem ekonomi campuran lebih baik daripada sistem ekonomi kapitalis untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi. Bincangkan. SPM 1995 – 20m
11)   Terangkan perbezaan antara sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi perancangan pusat. SPM 1996 – 10m
12)   Terangkan bagaimana kerajaan dalam Sistem Ekonomi Campuran mengatasi masalah ketidakadilan peruntukan sumber dan pengagihan barangan. SPM 1998 – 12m
13)   Bezakan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas dengan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat. SPM 1999 – 12m
14)   Terangkan Sistem Ekonomi Islam mengatasi masalah bagaimana dan untuk siapa barang dikeluarkan. SPM 2000 – 6m
15)   Sistem Ekonomi Islam menitikberatkan kepentingan bersama antara individu dan masyarakat. Jelaskan. SPM 2000 – 4m
16)   Mengapa pengguna dianggap raja dalam sistem ekonomi pasaran bebas? SPM 2001 – 3m
17)   Dalam pasaran bebas, firma dan isirumah mempunyai matlamat yang bertentangan. Bagaimana mekanisme harga dalam sistem pasaran bebas menyelesaikan masalah tersebut? SPM 2001 – 10m
18)   Jelaskan perbezaan antara sistem kapitalis dengan sistem ekonomi Islam dari segi pemilikan sumber, pilihan individu dan motif pengeluaran. SPM 2003 – 6m
19)   Jelaskan maksud Encik Faris dan Encik Fauzan apabila menyatakan bahawa pengguna dan kerajaan juga menghadapi masalah ekonomi. SPM 2002 – 8m
‘Life is precious gift and a bridge to the next life’ (Sufi Saying)
Bab 2: Pendapatan dan penggunaan pendapatan individu
1)       Terangkan tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan. (SPM 1994 – 6m)
2)       Upah bukanlah satu faktor pemilihan pekerjaan, saranan ini sepatutnya mudah diikuti. Jelaskan. (SPM 1998 – 10m)
3)       Jelaskan jenis-jenis pendapatan individu dalam sesebuah ekonomi. (SPM 1998 – 10m)
4)       Buruh menerima pendapatan dalam bentuk upah. Adakah benar faktor buruh sahaja yang menerima pendapatan? (SPM 1999 – 13m)
5)       Bolehkah gaji permulaan yang diterima oleh operator pengeluaran dianggap sebagai upah benar. Bincangkan. (SPM 1998 – 5m)
6)       Nyatakan upah dalam ekonomi. (SPM 2003 – 4m)
7)       Hanya individu yang memiliki faktor pengeluaran menerima pendapatan. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Terangkan. (SPM 2003 – 9m)
8)       I) Apakah pendapatan boleh guna?
Ii)Terangkan secara terperinci bagaimana pendapatan boleh guna seseorang individu dikira.
iii) Apakah kesan pertambahan pendapatan boleh guna terhadap barang perlu, barang mewah dan ekonomi secara keseluruhan. (SPM 1993 – 9m)
9)       Bagaimana individu menggunakan pendapatan boleh gunanya. (SPM 1997 – 6m)
10)   Seseorang pengguna tidak perlu membuat belanjawan peribadi. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? (SPM – 6m)
11)   Terangkan langkah-langkah menyediakan belanjawan peribadi. (SPM 2001 – 6m)
12)   Terangkan kesan apabila perbelanjaan individu melebihi pendapatannya.
(SPM 1996 – 8m)
13)   Mengapa individu membuat pinjaman? (SPM 1996 – 7m)
14)   Pendapatan benar yang tinggi membolehkan individu menabung. Mengapakah individu perlu menabung? (SPM 1999 – 8m)
15)   Terangkan kesan penghapusan cukai langsung ke atas isirumah dan firma.
(SPM 2003– 6m)
‘Do for this world as if thou were to live a thousand years and for the next as if thou were to die tomorrow’(Prophet Muhammed)Bab 3: Isirumah Sebagai Pengguna
1)       Jelaskan maksud isirumah dan peranannya dalam ekonomi. (SPM 2003 – 7m)
2)       Dengan menggunakan gambarajah keluk permintaan individu, terangkan hubungan antara harga dan kuantiti yang diminta. (SPM 1993 – 9m)
3)       Nyatakan dan terangkan mana-mana lima faktor yang mempengaruhi permintaan.
(SPM 1993 – 10m)
4)       Permintaan sesuatu barangan di pasaran hanya ditentukan oleh harga barangan itu sendiri. Bincangkan. (SPM 1997 – 13m)
5)       Terangkan faktor-faktor yang mungkin menyebabkan perubahan jualan kereta persendirian merosot? (SPM 1999 – 10m)
6)       Pengurangan cukai dan pelepasan cukai terangkan kesan tindakan kerajaan tersebut ke atas permintaan barang dan perkhidmatan berikut iaitu beras, pelancongan dalam negeri dan perkhidmatan bas awam. (SPM 2000 – 6m)
7)       Terangkan maksud keanjalan permintaan harga yang berikut
i)                     Permintaan anjal
ii)                   Permintaan tidak anjal (SPM 1993 – 6m)
8)       Jelaskan keanjalan harga permintaan dan jenis-jenisnya. (SPM 2003 – 8m)
‘When we are dead, seek not our tomb in the earth, but find it in the hearts of men’ (Rumi)
Bab 4: Firma Sebagai Pengeluar
1)       Terangkan hubungan antara jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut.
(SPM 1995 – 10m)
2)       Huraikan fungsi pengeluaran jangka pendek sebuah firma. (SPM 1996 – 15m)
3)       Jelaskan hubungan di antara buruh dengan jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut. (SPM 2002 – 13m)
4)       Bezakan antara kos tetap dengan kos berubah dalam proses pengeluaran.
(SPM 1997 – 6m)
5)       Terangkan hubungan antara tingkat keluaran dengan kos purata dan kos sut.
(SPM 1997 – 11m)
6)       Seorang pengeluar mengeluarkan satu juta unit barang pada awal tahun dan menambah keluarannya pada akhir tahun. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan pengeluar tersebut. (SPM 1994 – 15m)
7)       ”Penawaran sesuatu barang bukan sahaja dipengaruhi oleh harga barang tersebut”
a)       Nyatakan mana-mana lima faktor lain yang mempengaruhi penawaran.
b)       Huraikan bagaimana tiap-tiap faktor yang dinyatakan itu mempengaruhi penawaran.
(SPM 1995 – 15m)
8)       Hitungkan nilai keanjalan penawaran? (SPM 1997 – 8m)
9)       Berikut ialah 3 situasi yang berasingan.(SPM 2002)
i)                     Harga petrol dinaikkan 33% (4m)
ii)                   Syarikat kewangan memanjangkan tempoh bayaran balik sewa beli (4m)
iii)                  Peningkatan dalam teknologi pembuatan kereta (4m)
‘Seek to remove the “dust” in your life and the “mirror” of truth will be clearer’ (Sufi Saying)
Bab 5: Pasaran
1)       Dengan menggunakan gambarajah, terangkan aliran pusingan dalam ekonomi dua sektor.
(SPM 1993 – 9m)
2)       Dengan bantuan gambarajah aliran, terangkan aliran fizikal dan aliran wang dalam ekonomi 2 sektor. (SPM 1997 – 10m)
3)       Lukiskan rajah aliran pusingan bagi situasi yang saya bincangkan sebelum ini iaitu Syarikat x mengeluarkan kasut ABC dan dibeli oleh Encik Rais pada harga RM160. Halim dibayar gaji sebanyak RM650 sebulan. (SPM 2001 – 9m)
4)       Encik Nordin telah bersetuju bekerja di sebuah kilang dengan upah sebanyak RM1000 sebulan. Terangkan bagaimana upah RM1000 itu ditentukan oleh pasaran buruh.
(SPM 1994 – 10m)
5)       Berdasarkan peristiwa berikut, jelaskan kesannya ke atas pasaran ikan:
i)                     Angin Monsun melanda Pantai Timur Semenanjung.
ii)                   Teknik Moden menangkap ikan telah ditemui oleh LKIM.
iii)                  Sejenis virus bahaya telah menyerang ternakan ayam di Pantai Barat Semenanjung Malaysia
iv)                 Industri mengetin ikan di Malaysia telah meningkatkan keluarannya untuk dieksport (SPM 1998 – 12m)
6)       Jelaskan kesan tindakan-tindakan berikut ke atas pasaran tayar kereta di Malaysia
i)                     Kerajaan melaksanakan dasar perkongsian kereta
ii)                   Syarat sewa beli kereta telah dilonggarkan (SPM 2001 – 6m)
7)       Jelaskan kesan setiap tindakan berikut ke atas pasaran buruh tempatan.
i)                     Kerajaan melonggarkan syarat penggambilan pembantu rumah daripada Filipina, Indonesia dan Thailand oleh rakyat Malaysia.
ii)                   Pihak imigresen mengarahkan semua majikan menghantar pulang semua buruh asing dalam sektor pembinaan
iii)                  Kerajaan meningkatkan insentif kepada firma elektronik yang menggunakan kaedah insentif modal dalam pengeluaran. (SPM 2003 – 9m)
‘The mighty oak was once a little nut that held its ground’ (Author unknown)