Perbezaan antara Saham Biasa dan Saham Keutamaan
| Saham Biasa | Saham Keutamaan |
| Kadar dividen tidak tetap berdasarkan keuntungan syarikat | Kadar dividen tetap setiap tahun |
| Tiada tunggakan dividen | Tunggakan dividen dibayar kepada pemegang saham keutamaan bertimbun tambah. Mereka berhak menerima dividen bagi tahun-tahun sebelumnya |
| Hanya menerima dividen setelah pemegang saham keutamaan menerima dividen | Pemegang saham keutamaan menerima dividen terlebih dahulu daripada pemegang saham biasa |
| Pemegang saham biasa hanya berhak menuntut balik modalnya setelah pemegang saham keutamaan berbuat demikian apabila syarikat dibubarkan | Pemegang saham keutamaan diberi keutamaan untuk menuntut modal sebelum pemegang saham biasa jika syarikat dibubarkan |
| Pemegang saham biasa berhak mengundi dalam mesyuarat agung untuk melantik lembaga pengarah | Pemegang saham tidak berhak mengundi dalam mesyuarat agung untuk melantik lembaga pengarah |
| Risiko tinggi kerana bayaran dividen tidak tetap | · Risiko rendah kerana bayaran dividen tetap |
