Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 19, 2010

Suntikan Tips Terbaru Ekonomi Asas(SPM 2010)

TOPIK 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI
(a) pengertian ekonomi
(b) Unit ekonomi dan masalah ekonomi
(c) Masalah asas ekonomi
(d) Sistem ekonomi (Ciri dan penyelesaian masalah asas ekonomi)
TOPIK 2 : PENDAPATAN INDIVIDU
(a) Faktor pemilihan pekerjaan (6)
(b) Jenis dan sumber pendapatan
(c) Pendapatan boleh guna – konsep & kiraan
(d) Barang keperluan & kehendak – perbezaan
TOPIK 3: ISIRUMAH SEBAGAI PENGGUNA
(a) Faktor/penentu pemintaan dan graf
(b) Keanjalan harga permintaan
TOPIK 4: FIRMA SEBAGAI PENGELUAR
(a) Konsep Firma
(b) Kos pengeluaran
(c) Penawaran
(d) Keanjalan harga penawaran
TOPIK 5: PASARAN
(a) Penawaran pasaran
(b) Keseimbangan pasaran buruh/barang
(c) Aliran pusingan
TOPIK 6: WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN
(a) Bank Pusat – fungsi dan kewalan ekonomi
(b) Bank Perdagangan – Jenis pinjaman + perkhidamatan
(c) Bank Saudagar dan syarikat kewangan
(d) Syarikat Insurans dan tabung Haji
TOPIK 7: EKONOMI MALAYSIA
(a) Perubahan struktur ekonomi – masalah pergantungan dan faktor pembohan struktur ekonomi
(b) Hasil/Pembelanjaran kerajaan
(c) Belanjaran negara dan kawalan ekonomi
(d) Hutang Negara – Sebab pinjaman & kelebihan sumber DN.
TOPIK 8: HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA
(a) Perdagangan antara bangsa (PAB) – punca wujudnya PAB, persamaan
      DDN & PLN keburukan PAB & komposisi eksport dan import nampak
(b) Sekatan – sebab-sebab & kesan
(c) Imbangan pembayaran –struktur akaun
(d) Pertukaran Asing

Friday, December 10, 2010

PRAKTIS REVISI KILAT(BAHAGIAN 2)

Praktis Soalan Revisi Kilat 1
Berdasarkan situasi di bawah ini, jelaskan kesannya terhadap pasaran penyaman udara. – 6m
a)       Harga faktor pengeluaran semakin bertambah
b)       Musim kemarau yang berlarutan
c)       Tarif elektrik domestik meningkat

a)       Harga faktor pengeluaran yang semakin bertambah telah menyebabkan kos pengeluaran untuk menghasilkan penyaman udara meningkat. Untuk menjimatkan kos pengeluaran,_________________ penyaman udara terpaksa dikurangkan. Kesannya, harga penyaman udara akan ______________.
b)       Musim kemarau yang berlarutan menyebabkan orang ramai tidak tahan akan kepanasan. Untuk mengatasi masalah ini, orang ramai akan membeli penyaman udara. Hal ini menyebabkan ____________ terhadap penyaman udara bertambah. Kesannya, harga penyaman udara akan __________________.
c)       Tarif elekrik domestik meningkat menyebabkan perbelanjaan pengguna akan bertambah. Untuk mengurangkan perbelanjaan, pengguna akan mengelakkan penggunaan elektrik yang berkuasa tinggi dengan menggunakan kipas angin. Oleh itu, permintaan terhadap penyaman udara akan ________________. Kesannya, harga penyaman udara akan _______________.
Praktis Soalan Revisi Kilat 2
Terangkan kemudahan overdraf yang ditawarkan oleh bank perdagangan dengan memberikan contoh yang sesuai. - 6m
                Overdraf merupakan pendahuluan jangka ______________ yang diberikan oleh bank perdagangan. Bank perdangangan menawarkan kemudahan overdraf kepada pemegang _____________. Overdraf merupakan kebenaran oleh bank untuk pelanggan mengeluarkan wang _______________ daripada baki di dalam akaun semasa. Pemegang akaun yang layak boleh mengeluarkan wang melebihi jumlah deposit yang ada di dalam akaunnya dengan menggunakan ____________. Pemegang akaun semasa perlu memohon untuk mendapatkan kemudahan ini. Pihak bank akan meluluskan ____________ lebihan wang yang dibenarkan. Sebagai balasan, pemegang akaun dikenakan ____________ ke atas jumlah pengeluaran ______________ wang berdasarkan kadar faedah _______________.
                Contohnya, Encik Sulaiman mempunyai deposit sebanyak RM8000 dalam akaun semasa di Bank Perdana. Bank Perdana membenarkan beliau menggunakan kemudahan overdraf yang bernilai RM6000. Jika Encik Sulaiman mengeluarkan cek yang bernilai RM13 000, lebihan sebanyak ______________ merupakan overdraf. Encik Sulaiman akan dikenakan faedah ke atas ___________ mengikut bilangan hari wang itu digunakan.
Praktis Soalan Revisi Kilat 3
Terangkan 3 jenis cukai langsung utama bagi Malaysia. – 6m
                Tiga jenis cukai langsung yang utama di Malaysia ialah cukai pendapatan syarikat, cukai pendapatan perseorangan dan cukai pendapatan petroleum.
                _________________ ialah cukai yang dibayar oleh individu atas pendapatan yang diterima dalam jangka masa tertentu. Pendapatan yang dikenakan cukai pendapatan ini ialah gaji,upah,_________________,dividen dan faedah serta pendapatan perniagaan tunggal dan perkongsian. Cukai ini merupakan penyumbang _____________ besar kepada hasil kerajaan.
                _________________ ialah cukai yang dikenakan terhadap keuntungan yang diperoleh oleh syarikat berhad. Cukai ini merupakan hasil kerajaan yang ______________.
                ________________ merupakan cukai yang dikenakan terhadap keuntungan yang diperoleh oleh syarikat petroleum yang beroperasi di Malaysia. Hasil cukai ini merupakan cukai langsung yang _____________ penting di Malaysia.


Thursday, December 9, 2010

PRAKTIS REVISI KILAT


Praktis Soalan Revisi Kilat 1
Pada pendapat anda, adakah anda bersetuju bahawa seseorang individu dapat menerima pendapatan adalah semata-mata mereka memiliki faktor pengeluaran? Terangkan dengan memberi contoh. – 9m
                Pada pendapat saya, saya ______________ terhadap penyataan tersebut. Memang seseorang individu yang memiliki faktor pengeluaran akan menerima pendapatan yang dikenali ganjaran dalam bentuk _______________, __________________,_________________ ataupun untung.
                Akan tetapi, individu yang tidak memiliki faktor pengeluaran juga dapat menerima pendapatan. Pendapatan yang diterima oleh individu dikenali sebagai ________________. Bayaran pindahan boleh diperoleh oleh seseorang individu walaupun mereka tidak menyumbangkan ____________ sama ada dalam bentuk fizikal atau mental dalam proses pengeluaran.
                Salah satu jenis bayaran ialah pencen. Pencen merupakan pendapatan yang diterima oleh bekas kakitangan yang telah _________________ dalam sektor awam. Pencen dianggap sebagai bayaran pindahan kerana bayaran tersebut dibayar kepada individu yang ______________ bekerja dan tidak memberikan sumbangan dalam kegiatan ekonomi.
                Biasiswa dan dermasiswa juga merupakan bayaran pindahan yang diberikan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta kepada ______________ untuk membiayai perbelanjaan pendidikan.
                Selain pencen dan biasiswa, bayaran pindahan yang dibayar kepada seseorang individu sebagai pendapatan juga boleh dalam bentuk _____________ daripada ibu bapa, bantuan daripada rumah kebajikan kepada orang tua, wang pampasan kepada pekerja yang hilang upaya, bayaran nafkah kepada bekas isteri dan bantuan daripada tabung bencana alam.
Praktis Soalan Revisi Kilat 2
Huraikan langkah-langkah untuk merancang belanjawan peribadi. – 12m
                Untuk merancang belanjawan peribadi, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mengenal pasti punca ____________ dan jumlahkannya. Pendapatan yang biasanya diperoleh oleh individu terdiri daripada gaji, sewa,faedah,untung dan bayaran pindahan seperti hadiah,pencen,sumbangan dan biasiswa. Kemudian, individu tersebut perlu mengetahui jenis-jenis _______________ yang dikenakan. Jumlah pendapatan yang tidak dikenal pasti itu perlu ______________ dengan potongan wajib yang berkaitan untuk memperoleh ______________.
                Setelah mengetahui anggaran jumlah _______________, individu tersebut perlu menentukan semua perbelanjaan yang perlu dilakukan dalam tempoh tersebut. Untuk memudahkan kerja, individu boleh menggolongkan perbelanjaan kepada perbelanjaan _______________, perbelanjaan ________________ dan perbelanjaan ________________.
                Berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang disenaraikan, individu tersebut perlu ______________ perbelanjaan mengikut _________________. Setiap individu harus memberikan keutamaan kepada barang-barang yang lebih ______________ seperti barang keperluan sementara barang yang ______________ pula dikemudiankan.
                Seterusnya, individu tersebut haruslah _____________ anggaran pendapatan boleh guna dengan perbelanjaan. Dalam hal ini, individu tersebut perlulah memastikan bahawa pendapatan boleh guna _______________ perbelanjaan supaya baki wang dapat dijadikan ________________. Jika perbelanjaan _________________ pendapatan boleh guna, individu tersebut perlulah _________________ perbelanjaan yang kurang penting. Hal ini penting supaya individu tidak berbelanja lebih dan dapat mengelakkan membuat pinjaman.
Praktis Soalan Revisi Kilat 3
Mengapakah seseorang usahawan melakukan pelaburan?-9m
                Seseorang usahawan melakukan pelaburan dengan tujuan untuk meningkatkan ________________. Hal ini demikian kerana pulangan daripada pelaburan adalah lebih _____________ berbanding dengan pulangan daripada tabungan.
                Seseorang usahawan melakukan pelaburan juga bertujuan untuk _____________ barang modal seperti mesin dan jentera. Hal ini demikian kerana barang modal tersebut telah rosak dan ______________ selepas digunakan sekian lama dalam proses pengeluaran.
                Usahawan akan melakukan pelaburan untuk meningkatkan ______________, memperbaiki kualiti pengeluaran dan mengurangkan kos pengeluaran dengan membeli barang modal yang baharu atau meningkatkan teknologi pengeluaran terkini.

Monday, December 6, 2010

Formula-Formula Penting Prinsip Akaun


1)      Formula: Rekod Tak lengkap
a)      Untung Bersih= Modal Akhir – Modal Awal
b)      Untung Bersih Modal Akhir – Modal Awal – Modal Tambahan + Ambilan
c)      Modal= Jumlah Aset – Jumlah Liabiliti
d)     Modal Awal – Rugi Bersih – Ambilan = Modal Akhir
e)      Modal Awal + Untung Bersih – Ambilan = Modal Akhir
1)      Formula: Titik Pulang Modal
a)      Margin Caruman seunit = Harga jualan seunit – kos berubah seunit
b)      Titik pulang modal(unit) = kos tetap / margin caruman seunit
c)      Titik pulang modal (nilai) = Titik Pulang Modal (unit) x Harga jualan seunit
d)     Jumlah pengeluaran(volum jualan) = Kos tetap + Untung Sasaran / Margin Caruman Seunit
e)      Jumlah kos = Kos tetap + Kos berubah
1)      Formula: Tafsiran Penyata Kewangan
a)      Tokokan/Mark up = Untung Kasar / Kos jualan x 100
b)      Margin Untung Kasar = Untung Kasar/Jualan Bersih x 100
c)      Margin Untung Bersih = Untung Bersih / Jualan Bersih x 100
d)     Kadar pusing ganti stok = Kos Jualan / Stok purata
e)      Stok Purata = Stok Awal + Stok Akhir / 2
f)       Nisbah Semasa atau Nisbah Modal Kerja = Aset Semasa / Liabiliti Semasa
g)      Pulangan Atas Modal = Untung Bersih / Modal Awal x 100
h)      Perolehan = Jualan – Pulangan Jualan
            i)    Kos Jualan = Perolehan – Untung Kasar

1)      Persamaan Perakaunan
a)       Aset = Liabiliti + Ekuiti pemilik + (Hasil – Belanja)
b)      Ekuiti Pemilik= Aset – Liabiliti
c)      Liabiliti = Aset – Ekuiti Pemilik
        Susutnilai Tahunan (Kaedah Garis Lurus) = Kos Asal – Nilai Skrap/ Bilangan tahun penggunaan aset