Praktis Soalan Revisi Kilat 1
Berdasarkan situasi di bawah ini, jelaskan kesannya terhadap pasaran penyaman udara. – 6m
a) Harga faktor pengeluaran semakin bertambah
b) Musim kemarau yang berlarutan
c) Tarif elektrik domestik meningkat
a) Harga faktor pengeluaran yang semakin bertambah telah menyebabkan kos pengeluaran untuk menghasilkan penyaman udara meningkat. Untuk menjimatkan kos pengeluaran,_________________ penyaman udara terpaksa dikurangkan. Kesannya, harga penyaman udara akan ______________.
b) Musim kemarau yang berlarutan menyebabkan orang ramai tidak tahan akan kepanasan. Untuk mengatasi masalah ini, orang ramai akan membeli penyaman udara. Hal ini menyebabkan ____________ terhadap penyaman udara bertambah. Kesannya, harga penyaman udara akan __________________.
c) Tarif elekrik domestik meningkat menyebabkan perbelanjaan pengguna akan bertambah. Untuk mengurangkan perbelanjaan, pengguna akan mengelakkan penggunaan elektrik yang berkuasa tinggi dengan menggunakan kipas angin. Oleh itu, permintaan terhadap penyaman udara akan ________________. Kesannya, harga penyaman udara akan _______________.
Praktis Soalan Revisi Kilat 2
Terangkan kemudahan overdraf yang ditawarkan oleh bank perdagangan dengan memberikan contoh yang sesuai. - 6m
Overdraf merupakan pendahuluan jangka ______________ yang diberikan oleh bank perdagangan. Bank perdangangan menawarkan kemudahan overdraf kepada pemegang _____________. Overdraf merupakan kebenaran oleh bank untuk pelanggan mengeluarkan wang _______________ daripada baki di dalam akaun semasa. Pemegang akaun yang layak boleh mengeluarkan wang melebihi jumlah deposit yang ada di dalam akaunnya dengan menggunakan ____________. Pemegang akaun semasa perlu memohon untuk mendapatkan kemudahan ini. Pihak bank akan meluluskan ____________ lebihan wang yang dibenarkan. Sebagai balasan, pemegang akaun dikenakan ____________ ke atas jumlah pengeluaran ______________ wang berdasarkan kadar faedah _______________.
Contohnya, Encik Sulaiman mempunyai deposit sebanyak RM8000 dalam akaun semasa di Bank Perdana. Bank Perdana membenarkan beliau menggunakan kemudahan overdraf yang bernilai RM6000. Jika Encik Sulaiman mengeluarkan cek yang bernilai RM13 000, lebihan sebanyak ______________ merupakan overdraf. Encik Sulaiman akan dikenakan faedah ke atas ___________ mengikut bilangan hari wang itu digunakan.
Praktis Soalan Revisi Kilat 3
Terangkan 3 jenis cukai langsung utama bagi Malaysia. – 6m
Tiga jenis cukai langsung yang utama di Malaysia ialah cukai pendapatan syarikat, cukai pendapatan perseorangan dan cukai pendapatan petroleum.
_________________ ialah cukai yang dibayar oleh individu atas pendapatan yang diterima dalam jangka masa tertentu. Pendapatan yang dikenakan cukai pendapatan ini ialah gaji,upah,_________________,dividen dan faedah serta pendapatan perniagaan tunggal dan perkongsian. Cukai ini merupakan penyumbang _____________ besar kepada hasil kerajaan.
_________________ ialah cukai yang dikenakan terhadap keuntungan yang diperoleh oleh syarikat berhad. Cukai ini merupakan hasil kerajaan yang ______________.
________________ merupakan cukai yang dikenakan terhadap keuntungan yang diperoleh oleh syarikat petroleum yang beroperasi di Malaysia. Hasil cukai ini merupakan cukai langsung yang _____________ penting di Malaysia.
No comments:
Post a Comment