Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 9, 2010

PRAKTIS REVISI KILAT


Praktis Soalan Revisi Kilat 1
Pada pendapat anda, adakah anda bersetuju bahawa seseorang individu dapat menerima pendapatan adalah semata-mata mereka memiliki faktor pengeluaran? Terangkan dengan memberi contoh. – 9m
                Pada pendapat saya, saya ______________ terhadap penyataan tersebut. Memang seseorang individu yang memiliki faktor pengeluaran akan menerima pendapatan yang dikenali ganjaran dalam bentuk _______________, __________________,_________________ ataupun untung.
                Akan tetapi, individu yang tidak memiliki faktor pengeluaran juga dapat menerima pendapatan. Pendapatan yang diterima oleh individu dikenali sebagai ________________. Bayaran pindahan boleh diperoleh oleh seseorang individu walaupun mereka tidak menyumbangkan ____________ sama ada dalam bentuk fizikal atau mental dalam proses pengeluaran.
                Salah satu jenis bayaran ialah pencen. Pencen merupakan pendapatan yang diterima oleh bekas kakitangan yang telah _________________ dalam sektor awam. Pencen dianggap sebagai bayaran pindahan kerana bayaran tersebut dibayar kepada individu yang ______________ bekerja dan tidak memberikan sumbangan dalam kegiatan ekonomi.
                Biasiswa dan dermasiswa juga merupakan bayaran pindahan yang diberikan oleh pihak kerajaan atau pihak swasta kepada ______________ untuk membiayai perbelanjaan pendidikan.
                Selain pencen dan biasiswa, bayaran pindahan yang dibayar kepada seseorang individu sebagai pendapatan juga boleh dalam bentuk _____________ daripada ibu bapa, bantuan daripada rumah kebajikan kepada orang tua, wang pampasan kepada pekerja yang hilang upaya, bayaran nafkah kepada bekas isteri dan bantuan daripada tabung bencana alam.
Praktis Soalan Revisi Kilat 2
Huraikan langkah-langkah untuk merancang belanjawan peribadi. – 12m
                Untuk merancang belanjawan peribadi, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mengenal pasti punca ____________ dan jumlahkannya. Pendapatan yang biasanya diperoleh oleh individu terdiri daripada gaji, sewa,faedah,untung dan bayaran pindahan seperti hadiah,pencen,sumbangan dan biasiswa. Kemudian, individu tersebut perlu mengetahui jenis-jenis _______________ yang dikenakan. Jumlah pendapatan yang tidak dikenal pasti itu perlu ______________ dengan potongan wajib yang berkaitan untuk memperoleh ______________.
                Setelah mengetahui anggaran jumlah _______________, individu tersebut perlu menentukan semua perbelanjaan yang perlu dilakukan dalam tempoh tersebut. Untuk memudahkan kerja, individu boleh menggolongkan perbelanjaan kepada perbelanjaan _______________, perbelanjaan ________________ dan perbelanjaan ________________.
                Berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang disenaraikan, individu tersebut perlu ______________ perbelanjaan mengikut _________________. Setiap individu harus memberikan keutamaan kepada barang-barang yang lebih ______________ seperti barang keperluan sementara barang yang ______________ pula dikemudiankan.
                Seterusnya, individu tersebut haruslah _____________ anggaran pendapatan boleh guna dengan perbelanjaan. Dalam hal ini, individu tersebut perlulah memastikan bahawa pendapatan boleh guna _______________ perbelanjaan supaya baki wang dapat dijadikan ________________. Jika perbelanjaan _________________ pendapatan boleh guna, individu tersebut perlulah _________________ perbelanjaan yang kurang penting. Hal ini penting supaya individu tidak berbelanja lebih dan dapat mengelakkan membuat pinjaman.
Praktis Soalan Revisi Kilat 3
Mengapakah seseorang usahawan melakukan pelaburan?-9m
                Seseorang usahawan melakukan pelaburan dengan tujuan untuk meningkatkan ________________. Hal ini demikian kerana pulangan daripada pelaburan adalah lebih _____________ berbanding dengan pulangan daripada tabungan.
                Seseorang usahawan melakukan pelaburan juga bertujuan untuk _____________ barang modal seperti mesin dan jentera. Hal ini demikian kerana barang modal tersebut telah rosak dan ______________ selepas digunakan sekian lama dalam proses pengeluaran.
                Usahawan akan melakukan pelaburan untuk meningkatkan ______________, memperbaiki kualiti pengeluaran dan mengurangkan kos pengeluaran dengan membeli barang modal yang baharu atau meningkatkan teknologi pengeluaran terkini.

No comments:

Post a Comment