Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 31, 2011

Klon Soalan-Soalan SPM Ekonomi Asas (Tingkatan 4)

Ulasan Soalan-Soalan Lepas 1990an hingga 2008…(Ekonomi Asas Tingkatan 4)
Bab 1: Pengenalan Kepada Ekonomi
1)       Bagaimanakah masalah kekurangan diselesaikan melalui pilihan dan kos lepas oleh unit-unit ekonomi berikut iaitu isi rumah, firma dan kerajaan. SPM 1993 – 15m
2)       ‘Encik Ahnad mempunyai RM100 untuk memenuhi kehendaknya yang tidak terhad’. Mengapakah Encik Ahmad perlu membelanjakan wang tersebut dengan cara yang terbaik? SPM 1995 – 5m
3)       ‘Kehendak manusia tidak terhad berbanding sumber ekonomi terhad’. Berdasarkan pernyataan ini, bagaimanakah unit-unit ekonomi menyelesaikan masalah tersebut.
SPM 1996 – 15m
4)       Jelaskan masalah kekurangan yang dihadapi oleh unit-unit ekonomi. SPM 1998 – 6m
5)       Terangkan bagaimana unit-unit ekonomi menyelesaikan masalah kekurangan.
SPM 2000 – 15m
6)       Jelaskan barang awam. SPM 1998 - 2m
7)       Huraikan bagaimana sistem ekonomi kapitalis menyelesaikan masalah asas ekonomi. SPM 1993 – 10m
8)       Anda ingin menjadi seorang pengeluar yang berjaya dalam bidang perindustrian. Terangkan masalah-masalah asas ekonomi yang mungkin anda hadapi. SPM 1994 – 8m
9)       Bagaimanakah sistem ekonomi yang diamalkan Malaysia menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi? SPM 1994 – 11m
10)   Sistem ekonomi campuran lebih baik daripada sistem ekonomi kapitalis untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi. Bincangkan. SPM 1995 – 20m
11)   Terangkan perbezaan antara sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi perancangan pusat. SPM 1996 – 10m
12)   Terangkan bagaimana kerajaan dalam Sistem Ekonomi Campuran mengatasi masalah ketidakadilan peruntukan sumber dan pengagihan barangan. SPM 1998 – 12m
13)   Bezakan Sistem Ekonomi Pasaran Bebas dengan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat. SPM 1999 – 12m
14)   Terangkan Sistem Ekonomi Islam mengatasi masalah bagaimana dan untuk siapa barang dikeluarkan. SPM 2000 – 6m
15)   Sistem Ekonomi Islam menitikberatkan kepentingan bersama antara individu dan masyarakat. Jelaskan. SPM 2000 – 4m
16)   Mengapa pengguna dianggap raja dalam sistem ekonomi pasaran bebas? SPM 2001 – 3m
17)   Dalam pasaran bebas, firma dan isirumah mempunyai matlamat yang bertentangan. Bagaimana mekanisme harga dalam sistem pasaran bebas menyelesaikan masalah tersebut? SPM 2001 – 10m
18)   Jelaskan perbezaan antara sistem kapitalis dengan sistem ekonomi Islam dari segi pemilikan sumber, pilihan individu dan motif pengeluaran. SPM 2003 – 6m
19)   Jelaskan maksud Encik Faris dan Encik Fauzan apabila menyatakan bahawa pengguna dan kerajaan juga menghadapi masalah ekonomi. SPM 2002 – 8m
‘Life is precious gift and a bridge to the next life’ (Sufi Saying)
Bab 2: Pendapatan dan penggunaan pendapatan individu
1)       Terangkan tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan. (SPM 1994 – 6m)
2)       Upah bukanlah satu faktor pemilihan pekerjaan, saranan ini sepatutnya mudah diikuti. Jelaskan. (SPM 1998 – 10m)
3)       Jelaskan jenis-jenis pendapatan individu dalam sesebuah ekonomi. (SPM 1998 – 10m)
4)       Buruh menerima pendapatan dalam bentuk upah. Adakah benar faktor buruh sahaja yang menerima pendapatan? (SPM 1999 – 13m)
5)       Bolehkah gaji permulaan yang diterima oleh operator pengeluaran dianggap sebagai upah benar. Bincangkan. (SPM 1998 – 5m)
6)       Nyatakan upah dalam ekonomi. (SPM 2003 – 4m)
7)       Hanya individu yang memiliki faktor pengeluaran menerima pendapatan. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Terangkan. (SPM 2003 – 9m)
8)       I) Apakah pendapatan boleh guna?
Ii)Terangkan secara terperinci bagaimana pendapatan boleh guna seseorang individu dikira.
iii) Apakah kesan pertambahan pendapatan boleh guna terhadap barang perlu, barang mewah dan ekonomi secara keseluruhan. (SPM 1993 – 9m)
9)       Bagaimana individu menggunakan pendapatan boleh gunanya. (SPM 1997 – 6m)
10)   Seseorang pengguna tidak perlu membuat belanjawan peribadi. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? (SPM – 6m)
11)   Terangkan langkah-langkah menyediakan belanjawan peribadi. (SPM 2001 – 6m)
12)   Terangkan kesan apabila perbelanjaan individu melebihi pendapatannya.
(SPM 1996 – 8m)
13)   Mengapa individu membuat pinjaman? (SPM 1996 – 7m)
14)   Pendapatan benar yang tinggi membolehkan individu menabung. Mengapakah individu perlu menabung? (SPM 1999 – 8m)
15)   Terangkan kesan penghapusan cukai langsung ke atas isirumah dan firma.
(SPM 2003– 6m)
‘Do for this world as if thou were to live a thousand years and for the next as if thou were to die tomorrow’(Prophet Muhammed)Bab 3: Isirumah Sebagai Pengguna
1)       Jelaskan maksud isirumah dan peranannya dalam ekonomi. (SPM 2003 – 7m)
2)       Dengan menggunakan gambarajah keluk permintaan individu, terangkan hubungan antara harga dan kuantiti yang diminta. (SPM 1993 – 9m)
3)       Nyatakan dan terangkan mana-mana lima faktor yang mempengaruhi permintaan.
(SPM 1993 – 10m)
4)       Permintaan sesuatu barangan di pasaran hanya ditentukan oleh harga barangan itu sendiri. Bincangkan. (SPM 1997 – 13m)
5)       Terangkan faktor-faktor yang mungkin menyebabkan perubahan jualan kereta persendirian merosot? (SPM 1999 – 10m)
6)       Pengurangan cukai dan pelepasan cukai terangkan kesan tindakan kerajaan tersebut ke atas permintaan barang dan perkhidmatan berikut iaitu beras, pelancongan dalam negeri dan perkhidmatan bas awam. (SPM 2000 – 6m)
7)       Terangkan maksud keanjalan permintaan harga yang berikut
i)                     Permintaan anjal
ii)                   Permintaan tidak anjal (SPM 1993 – 6m)
8)       Jelaskan keanjalan harga permintaan dan jenis-jenisnya. (SPM 2003 – 8m)
‘When we are dead, seek not our tomb in the earth, but find it in the hearts of men’ (Rumi)
Bab 4: Firma Sebagai Pengeluar
1)       Terangkan hubungan antara jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut.
(SPM 1995 – 10m)
2)       Huraikan fungsi pengeluaran jangka pendek sebuah firma. (SPM 1996 – 15m)
3)       Jelaskan hubungan di antara buruh dengan jumlah keluaran, keluaran purata dan keluaran sut. (SPM 2002 – 13m)
4)       Bezakan antara kos tetap dengan kos berubah dalam proses pengeluaran.
(SPM 1997 – 6m)
5)       Terangkan hubungan antara tingkat keluaran dengan kos purata dan kos sut.
(SPM 1997 – 11m)
6)       Seorang pengeluar mengeluarkan satu juta unit barang pada awal tahun dan menambah keluarannya pada akhir tahun. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan pengeluar tersebut. (SPM 1994 – 15m)
7)       ”Penawaran sesuatu barang bukan sahaja dipengaruhi oleh harga barang tersebut”
a)       Nyatakan mana-mana lima faktor lain yang mempengaruhi penawaran.
b)       Huraikan bagaimana tiap-tiap faktor yang dinyatakan itu mempengaruhi penawaran.
(SPM 1995 – 15m)
8)       Hitungkan nilai keanjalan penawaran? (SPM 1997 – 8m)
9)       Berikut ialah 3 situasi yang berasingan.(SPM 2002)
i)                     Harga petrol dinaikkan 33% (4m)
ii)                   Syarikat kewangan memanjangkan tempoh bayaran balik sewa beli (4m)
iii)                  Peningkatan dalam teknologi pembuatan kereta (4m)
‘Seek to remove the “dust” in your life and the “mirror” of truth will be clearer’ (Sufi Saying)
Bab 5: Pasaran
1)       Dengan menggunakan gambarajah, terangkan aliran pusingan dalam ekonomi dua sektor.
(SPM 1993 – 9m)
2)       Dengan bantuan gambarajah aliran, terangkan aliran fizikal dan aliran wang dalam ekonomi 2 sektor. (SPM 1997 – 10m)
3)       Lukiskan rajah aliran pusingan bagi situasi yang saya bincangkan sebelum ini iaitu Syarikat x mengeluarkan kasut ABC dan dibeli oleh Encik Rais pada harga RM160. Halim dibayar gaji sebanyak RM650 sebulan. (SPM 2001 – 9m)
4)       Encik Nordin telah bersetuju bekerja di sebuah kilang dengan upah sebanyak RM1000 sebulan. Terangkan bagaimana upah RM1000 itu ditentukan oleh pasaran buruh.
(SPM 1994 – 10m)
5)       Berdasarkan peristiwa berikut, jelaskan kesannya ke atas pasaran ikan:
i)                     Angin Monsun melanda Pantai Timur Semenanjung.
ii)                   Teknik Moden menangkap ikan telah ditemui oleh LKIM.
iii)                  Sejenis virus bahaya telah menyerang ternakan ayam di Pantai Barat Semenanjung Malaysia
iv)                 Industri mengetin ikan di Malaysia telah meningkatkan keluarannya untuk dieksport (SPM 1998 – 12m)
6)       Jelaskan kesan tindakan-tindakan berikut ke atas pasaran tayar kereta di Malaysia
i)                     Kerajaan melaksanakan dasar perkongsian kereta
ii)                   Syarat sewa beli kereta telah dilonggarkan (SPM 2001 – 6m)
7)       Jelaskan kesan setiap tindakan berikut ke atas pasaran buruh tempatan.
i)                     Kerajaan melonggarkan syarat penggambilan pembantu rumah daripada Filipina, Indonesia dan Thailand oleh rakyat Malaysia.
ii)                   Pihak imigresen mengarahkan semua majikan menghantar pulang semua buruh asing dalam sektor pembinaan
iii)                  Kerajaan meningkatkan insentif kepada firma elektronik yang menggunakan kaedah insentif modal dalam pengeluaran. (SPM 2003 – 9m)
‘The mighty oak was once a little nut that held its ground’ (Author unknown)

Monday, January 24, 2011

Teknik Menjawab Soalan Perdagangan Kertas Satu (Objektif)-SPM

A. PENGENALAN
Kertas satu mempunyai 40 soalan
Masa yang diperuntukkan 1 Jam 15 minitKertas ini menyumbangkan 40% markah keseluruhan matapelajaran perdagangan Oleh itu, satu soalan betul menyumbangkan 1 markah mutlak. (40soalan = 40 markah) Untuk skor A+, pelajar mesti membaca kehendak soalan-soalan objektif dengan teliti dan jangan ambil mudah kerana satu markah itu amat penting.
B. PEMILIHAN JAWAPAN
* Setiap soalan objektif diikuti oleh 4 pelengkap * Hanya satu jawaban yang betul dan tiga yang lain distraktor. * Terdapat dua cara untuk menjawab bentuk soalan ini:- a. Mencari jawaban yang betul dan mengabaikan tiga distraktor b. Menganalisa semua alternatif dan menolak setiap distraktor sehingga mendapat jawaban yang betul.
C. APAKAH YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMERIKSA * Soalan objektif menguji berbagai-bagai kemahiran dan kebolehan pelajar seperti
· mengingat kembali
· mengira
· mengidentifikasi
· mencari persamaan
· mengaplikasi
· mencari perbezaan
· mendeduksi
· membuat perbandingan
· menginterpretasi
* Anda boleh menjawab soalan dengan memahami fakta-fakta penting pada setiap topik atau menggunakan formula untuk membiasakan diri untuk menjawab pengiraan.
Pelajar dibenarkan membawa kalkulator (mesin kira) ke dalam dewan peperiksaan.
D. PANDUAN MENJAWAB SOALAN
1. Cuba jawab semua soalan dan tinggalkan soalan yang sukar dijawab kerana anda akan membuang masa jika mengambil masa yang lama. 2. Bulatkan nombor-nombor soalan yang tidak dapat dijawab 3. Setelah menjawab semua soalan,kembali kepada soalan-soalan yang dibulatkan itu. 4. Jika anda masih tidak dapat menjawabnya, teka dengan bijak jawaban yang paling mungkin sekali. 5. Jangan tinggalkan sebarang soalan tanpa dijawab . Markah tidak akan dipotong bagi jawapan yang salah. 6. Setelah mendapat jawaban bagi setiap soalan ,terus hitamkan pada kertas jawaban. 7. Pastikan jawaban yang dihitamkan sepadan dengan jawaban dipilih dalam kertas soalan dan nombor soalan 8. Semak semula jawaban yang dihitamkan dengan baik sebelum dihantar .
E. CONTOH SOALAN OBJEKTIF A. Aneka Pelengkap
1. Faktor yang membezakan usahawan dengan peniaga ialah usahawan berusaha A. untuk mencari untung B. meningkatkan taraf hidup C. memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat D. mengatasi pesaing-pesaing dalam perniagaan
B. Aneka Pilihan
2. Mengapakah peniaga milikan tunggal lebih cenderung untuk menukarkan perniagaannya kepada perkongsian? I. mengalakkan persaingan II. mendapatkan lebih banyak modal III. mengurangkan risiko kerugian IV. menambahkan kemahiran dan pengetahuan perniagaan
A. I,II dan III B. II,III dan IV C. I,II dan IV D. I,III dan IV (Untuk menjawab soalan objektif, gariskan kehendak soalan dan kata kunci yang berada dalam jawaban.Dalam soalan di atas,Jika sukar untuk mencari jawaban tepat.Oleh itu, tolak dahulu jawaban yang paling tidak tepat.Akhir sekali, jika terdapat 2 jawaban yang sukar dibezakan.Pilihlah yang anda rasa paling tepat dan kebarangkalian jawaban anda betul lebih tinggi.)

Monday, January 10, 2011

Topik-Topik Prinsip Perakaunan

Topik-topik yang akan dibincangkan merangkumi topik Tingkatan 4 dan 5 ialah :
1. Dokumen Perniagaan
2. Penyata Kewangan
3. Pelarasan Pada Tarikh Imbangan
4. Akaun Kawalan
5. Pembetulan Kesilapan
6. Penyata Penyesuaian Bank
7. Belanjawan Tunai
8. Perkongsian - Pengasingan Untung Rugi
9. Perkongsian - Pembubaran
10. Syarikat Berhad
11. Akaun Kelab dan Persatuan
12. Rekod Tak Lengkap
13. Akaun Pengeluaran
14. Analisis Kos Volum Untung
15. Tafsiran Penyata Kewangan

Format Terbaru Kertas Prinsip Perakaunan SPM 2010

Kertas 1 (3756/1)
- Objektif
- 40 soalan
- masa 1 jam 15 minit
- 40 markah
- 20%
Kertas 2 (3756/2)
- Subjektif
- Bahagian A (3 soalan – wajib) – 60 markah
- Bahagian B (3 soalan – Pilih 2) – 40 markah
- masa 2 jam 30 minit
- 100 markah
- 60%
Kertas 3 (3756/3)
- Tugasan Projek
- Tugasan 1 – semasa Tingkatan 4 (Ogos-Sept)
- Tugasan 2 – semasa Tingkatan 5 (April – Mei)
- Gred Elemen
- 20%