Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 24, 2011

Teknik Menjawab Soalan Perdagangan Kertas Satu (Objektif)-SPM

A. PENGENALAN
Kertas satu mempunyai 40 soalan
Masa yang diperuntukkan 1 Jam 15 minitKertas ini menyumbangkan 40% markah keseluruhan matapelajaran perdagangan Oleh itu, satu soalan betul menyumbangkan 1 markah mutlak. (40soalan = 40 markah) Untuk skor A+, pelajar mesti membaca kehendak soalan-soalan objektif dengan teliti dan jangan ambil mudah kerana satu markah itu amat penting.
B. PEMILIHAN JAWAPAN
* Setiap soalan objektif diikuti oleh 4 pelengkap * Hanya satu jawaban yang betul dan tiga yang lain distraktor. * Terdapat dua cara untuk menjawab bentuk soalan ini:- a. Mencari jawaban yang betul dan mengabaikan tiga distraktor b. Menganalisa semua alternatif dan menolak setiap distraktor sehingga mendapat jawaban yang betul.
C. APAKAH YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMERIKSA * Soalan objektif menguji berbagai-bagai kemahiran dan kebolehan pelajar seperti
· mengingat kembali
· mengira
· mengidentifikasi
· mencari persamaan
· mengaplikasi
· mencari perbezaan
· mendeduksi
· membuat perbandingan
· menginterpretasi
* Anda boleh menjawab soalan dengan memahami fakta-fakta penting pada setiap topik atau menggunakan formula untuk membiasakan diri untuk menjawab pengiraan.
Pelajar dibenarkan membawa kalkulator (mesin kira) ke dalam dewan peperiksaan.
D. PANDUAN MENJAWAB SOALAN
1. Cuba jawab semua soalan dan tinggalkan soalan yang sukar dijawab kerana anda akan membuang masa jika mengambil masa yang lama. 2. Bulatkan nombor-nombor soalan yang tidak dapat dijawab 3. Setelah menjawab semua soalan,kembali kepada soalan-soalan yang dibulatkan itu. 4. Jika anda masih tidak dapat menjawabnya, teka dengan bijak jawaban yang paling mungkin sekali. 5. Jangan tinggalkan sebarang soalan tanpa dijawab . Markah tidak akan dipotong bagi jawapan yang salah. 6. Setelah mendapat jawaban bagi setiap soalan ,terus hitamkan pada kertas jawaban. 7. Pastikan jawaban yang dihitamkan sepadan dengan jawaban dipilih dalam kertas soalan dan nombor soalan 8. Semak semula jawaban yang dihitamkan dengan baik sebelum dihantar .
E. CONTOH SOALAN OBJEKTIF A. Aneka Pelengkap
1. Faktor yang membezakan usahawan dengan peniaga ialah usahawan berusaha A. untuk mencari untung B. meningkatkan taraf hidup C. memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat D. mengatasi pesaing-pesaing dalam perniagaan
B. Aneka Pilihan
2. Mengapakah peniaga milikan tunggal lebih cenderung untuk menukarkan perniagaannya kepada perkongsian? I. mengalakkan persaingan II. mendapatkan lebih banyak modal III. mengurangkan risiko kerugian IV. menambahkan kemahiran dan pengetahuan perniagaan
A. I,II dan III B. II,III dan IV C. I,II dan IV D. I,III dan IV (Untuk menjawab soalan objektif, gariskan kehendak soalan dan kata kunci yang berada dalam jawaban.Dalam soalan di atas,Jika sukar untuk mencari jawaban tepat.Oleh itu, tolak dahulu jawaban yang paling tidak tepat.Akhir sekali, jika terdapat 2 jawaban yang sukar dibezakan.Pilihlah yang anda rasa paling tepat dan kebarangkalian jawaban anda betul lebih tinggi.)

No comments:

Post a Comment