Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 30, 2010

Syarikat Berhad-Saham Biasa dan Saham Keutamaan (Prinsip Akaun)

           Perbezaan antara Saham Biasa dan Saham Keutamaan
Saham Biasa
Saham Keutamaan
           Kadar dividen tidak tetap berdasarkan keuntungan syarikat
            Kadar dividen tetap setiap tahun
          Tiada tunggakan dividen
           Tunggakan dividen dibayar kepada pemegang saham keutamaan bertimbun tambah. Mereka berhak menerima dividen bagi tahun-tahun sebelumnya
          Hanya menerima dividen setelah pemegang saham keutamaan menerima dividen
          Pemegang saham keutamaan menerima dividen terlebih dahulu daripada pemegang saham biasa
         Pemegang saham biasa hanya berhak menuntut balik modalnya setelah pemegang saham keutamaan berbuat demikian apabila syarikat dibubarkan
         Pemegang saham keutamaan diberi keutamaan untuk menuntut modal sebelum pemegang saham biasa jika syarikat dibubarkan
          Pemegang saham biasa berhak mengundi dalam mesyuarat agung untuk melantik lembaga pengarah
          Pemegang saham tidak berhak mengundi dalam mesyuarat agung untuk melantik lembaga pengarah
          Risiko tinggi kerana bayaran dividen tidak tetap
·         Risiko rendah kerana bayaran dividen tetap

Monday, November 29, 2010

Ekonomi Asas SPM 2010 (Tumpuan Kertas 2)

EKONOMI  ASASTips Terakhir SPM 2010 Ihsan daripada Cikgu Yoges/Cikgu Sanzjay
BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI
·         Kajian ekonomi + Faktor pengeluaran
·         Jenis barang
·         Masalah ekonomi /Masalah Asas Ekonomi
·         Sistem ekonomi
BAB 2:  PENDAPATAN INIDIVIDU DAN PENGGUNAAN PENDAPATAN INDIVIDU 
·         Jenis Pendapatan
·         Upah Benar dan Upah Wang
·          Sumber Pendapatan Individu-Jenis
·          Pendapatan Boleh Guna-Pengiraan (4 Jenis)
·          Barang keperluan + Barang kehendak
BAB 3:  ISIRUMAH SEBAGAI PENGGUNA
·         Konsep Isirumah – Maksud + Tujuan + Peranan
·         Konsep DD – Maksud + Hukum + G/rajah
·         Faktor DD + Keluk DD – Qd +  DD
·          Keanjalan Harga DD- Maksud + Kiraan dan Tafsiran + Strategi Harga
BAB 4:  FIRMA SEBAGAI PENGELUAR (PANAS 2010) 
·         Konsep Firma- maksud, motif, peranan (bergambar)
·         Penawaran – Maksud Qs + Hukum SS/ Jadual + Penentu SS + Graf
·          Pengeluaran- TP, AP, AP – Maksud + Kiraan + Hubungan
·          Kos Pengeluaran – FC, VC, TC, AC, MC Maksud + Kiraan + Hubungan
 BAB 5: PASARAN
·         Maksud Pasaran + 4 Unsur
·         SS Pasaran – Penerbitan
·         Keseimbangan Pasaran Buruh
·         Analisis pasaran ikut situasi
·         Aliran Pusingan Pendapatan
 BAB 6:  WANG DAN BANK
·         IKB – Bank Perdagangan
·         Jenis Pinjaman (Umum & Spesifik)
·         Jenis perkhidmatan
·         Konsep Perbankan Islam
·         Bank Pusat – Langkah DF & DK
·         IKBB – BSN
BAB 7:  WANG DAN BANK
·         Struktur ekonomi :i.  Masalah kebergantungan kepada sektor utama 
·         Faktor mendorong  struktur ekonomi
·         Belanjawan
 BAB 8: HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA
               Perdagangan Antarabangsa (PAB)
·         Punca
·         Kebaikan PAB
·         Persamaan/Perbezaan PDN/PAB
·         Keburukan PAB – belum ditanya – 2010 ?
·         Rakan Dagang
·         Komposisi Eksport dan Import
Sekatan PAB – 3 pendekatan:
·         Sebab
·         Jenis
·         Kesan – Penting untuk Kajian Kes                           

Sunday, November 28, 2010

Praktis Cuba-Cuba Soalan Klon SPM (Prinsip Akaun)

Soalan Seiras SPM 1996
Kilang Yummy Berhad ingin mengeluarkan 10000 unit produk 1Malaysia pada bulan Julai 2008. Anggaran kos bagi pengeluaran produk tersebut adalah seperti berikut:
Kos berubah                      RM 480 000
Gaji penyelia kilang          RM   40 000
Kadar bayaran                   RM     5 500
Kos tetap lain                    RM    2 800

Harga jualan seunit dicadangkan RM68.
Hitungkan:
a)      Kos tetap
b)      Kos berubah seunit
c)      Titik pulang modal pengeluaran tersebut
d)     Keuntungan atau kerugian diperoleh pada bulan Julai 2008
e)      Bilangan unit yang perlu dikeluarkan untuk mencapai keuntungan RM250 000 (8m)

Soalan Seiras SPM 1998
Butik-butik berikut dipetik daripada buku peniaga perabot pada 31 Disember 2008
Modal 1 Jan 2008             RM 45 900
Stok  1 Jan 2008               RM   4 752
Stok 31 Dis 2008              RM   5 184
Kos jualan                         RM 19 872
Untung kasar                     RM 10 368
Jumlah belanja                   RM   5 778
Penghutang                       RM   4 180
Pemiutang                         RM   3 096
Gaji Terakru                      RM      900
Tunai di tangan                 RM      453
Bank (kredit)                     RM      540
Insurans terdahulu                        RM      162
Pinjaman                           RM 18 000
Kenderaan                         RM 21 600

Hitungkan:
a)      Stok Purata
b)      Kadar Pusing Ganti Stok
c)      Nisbah Semasa
d)     Pulangan Atas Modal  (8m)