Perbezaan antara Saham Biasa dan Saham Keutamaan
|     Saham   Biasa  |        Saham   Keutamaan  |   
|                  Kadar dividen tidak tetap berdasarkan keuntungan   syarikat  |                    Kadar dividen tetap setiap tahun  |   
|                 Tiada tunggakan dividen  |                     Tunggakan dividen dibayar kepada pemegang saham keutamaan   bertimbun tambah. Mereka berhak menerima dividen bagi tahun-tahun sebelumnya  |   
|                 Hanya menerima dividen setelah pemegang saham   keutamaan menerima dividen  |                    Pemegang saham keutamaan menerima dividen terlebih   dahulu daripada pemegang saham biasa  |   
|                Pemegang saham biasa hanya berhak menuntut balik   modalnya setelah pemegang saham keutamaan berbuat demikian apabila syarikat   dibubarkan  |                   Pemegang saham keutamaan diberi keutamaan untuk   menuntut modal sebelum pemegang saham biasa jika syarikat dibubarkan  |   
|                 Pemegang saham biasa berhak mengundi dalam   mesyuarat agung untuk melantik lembaga pengarah  |                    Pemegang saham tidak berhak mengundi dalam   mesyuarat agung untuk melantik lembaga pengarah  |   
|                 Risiko tinggi kerana bayaran dividen tidak tetap  |        ·           Risiko rendah kerana bayaran dividen tetap  |   

No comments:
Post a Comment